Forum Kerjasama Media “Rakan Afrika” 2021 diadakan secara maya pada Jumaat lalu, dan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming menyampaikan ucapan.
Huang berkata, pertukaran lawatan media China-Afrika berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini dengan menyaksikan banyak berlakunya cerita dan episod yang mengharukan sepanjang perkembang persahabatan berkat usaha kedua-dua pihak dalam mengekalkan sikap objektif bagi mengeluarkan suara yang adil, bersikap ikhlas menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat di samping berpandukan inovasi memicu pembangunan yang memanfaatkan penggunaan teknologi digital demi kesejahteraan rakyat.
Pada masa depan, China akan mengekalkan pembangunan secara damai, terus memperincikan pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka dan menganjurkan amalan multilateralisme. Melalui kerjasama dalam bidang media, kumpulan pemikir dan kebudayaan yang menjadi semakin rancak, China dan Afrika diharap bersama-sama membina dunia yang lebih indah.
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong pula menyatakan bahawa CMG akan mengintensifkan kerjasama dan interaksi dengan media Afrika, bersama-sama mengatasi cabaran untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang lebih rapat.
Forum anjuran CMG di Nairobi, ibu kota Kenya ini diserikan dengan kehadiran hampir seratus tetamu dari China dan 43 buah negara Afrika.