China, Rusia Bantah Apa Yang Disebut "Sidang Kemuncak Demokrasi"

2021-11-28 15:33:35  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Qin Gang dan Duta Besar Rusia ke AS, Anatoly Antonov bersama-sama menyiarkan satu rencana yang memfokuskan apa yang disebut “Sidang Kemuncak Demokrasi” anjuran AS semalam. Rencana itu menyatakan bahawa China dan Rusia menentang tegas sidang yang bakal diadakan di AS itu kerana ia dipenuhi mentaliti perang dingin.

Rencana itu mengulas lagi bahawa dalam urusan antarabangsa, pelbagai negara harus memegang konsep berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, melaksanakan amalan multilateralisme yang benar, dan menjalankan tadbir urus sejagat dengan lebih inklusif. Tindakan yang hanya menonjolkan kepentingan negara sendiri dan amalan hegemoni serta unilateralisme, ternyata bersifat 'anti demokrasi'.

China dan Rusia menyeru mereka yang bertudung "diplomasi berpandukan pandangan nilai" berhenti mencetuskan perselisihan dan pertentangan, dan pelbagai negara diharap memegang konsep hubungan antarabangsa yang saling menghormati, kerjasama dan menang semua untuk mendorong negara-negara yang berbeza dalam bidang sistem sosial, ideologi, sejarah dan kebudayaan, dan tahap pembangunan, mengembangkan hubungan hidup bersama secara harmoni. 

曹捷