Ekspo Industri Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang Ke-15 Dirasmikan

2021-11-28 15:31:58  CRI
Share with:

Ekspo Industri Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang Ke-15 dan Promosi Pelancongan Barat Laut China telah dirasmikan di Kaunti Koktokay, Kawasan Altay semalam.

Sesi promosi barangan, pertandingan ais dan salji, hiburan ski, dan penjualan barangan melalui penstriman, telah diadakan dalam Ekspo yang bertemakan “Pesona Xinjiang - Sambutan Sukan Olimpik Musim Sejuk, Cintai China” ini , yang masih melibatkan lagi 10 aktiviti kebudayaan dan pelancongan serta 17 acara sukan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Sejak ditubuhkan pada 2006, Ekspo yang terus menyaksikan peningkatan skala pameran, kandungan aktiviti dan jumlah pengunjung setiap tahun ini , telah menjadi jendela Xinjiang untuk mempamerkan sumber dan budaya ais dan salji tempatan.

曹捷