Sesi taklimat video “Xinjiang, Tempat Mempesona” anjuran Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunisi China (PKC) dan kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang telah diadakan di Urumqi petang kelmarin, dengan tujuannya membantu wakil bidang industri dan perniagaan negara asing di China mengenali Xinjiang.
Ahli tetap Jawatankuasa Xinjiang PKC yang juga selaku Pengerusi Gabungan Persatuan Sekerja Xinjiang, Ilzat Ahmatjan dalam sesi taklimat tersebut telah memperkenalkan keadaan wilayah Xinjiang dalam bidang pertumbuhan ekonomi, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan peningkatan taraf hidup rakyat. Menurut beliau, nilai keseluruhan pengeluaran wilayah Xinjiang telah meningkat 8.8% pada tiga suku pertama tahun ini. Jumlah import dan eksport perdagangan luar pula meningkat 11.6% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, dengan mencatat USD17.115 bilion (RM73 bilion).
Sementara itu, sebanyak 4,819 program pelaburan dari luar wilayah Xinjiang dilaporkan berada dalam keadaan terlaksana. Setakat penghujung Oktober lalu, larian kereta api China-Eropah yang melalui wilayah Xinjiang mencapai 33 ribu, iaitu menduduki lebih separuh jumlah keseluruhan larian tersebut.
Selain itu, pegawai-pegawai berkenaan dari wilayah Xinjiang ketika menjawab soalan pihak asing, memperkenalkan prestasi Xinjiang dalam perlindungan alam ekologi, perkembangan e-niaga dan pembangunan berkualiti tinggi pelaksanaan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI).