Singapura Gantung VTL dengan Tiga Negara Asia Barat

2021-11-29 14:20:44  CRI
Share with:

Singapura Gantung  VTL dengan Tiga Negara Asia Barat_fororder_singapura

Singapura akan menggantung pelan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan tiga negara Asia barat iaitu Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu(UAE) yang dijadualkan dilaksanakan pada 6 Disember.

Pasukan Petugas Pelbagai kementerian (MTF) Singapura mengenai COVID-19 dalam pengumuman pada Ahad lalu menyatakan, langkah ini diambil bagi mencegah varian baharu COVID-19, Omicron.

Singapura telah melancarkan pelan VTL dengan lebih  20 negara. Menurut pelan itu, individu yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan keputusan pemeriksaan asid nukleik (NAT) negatif dibenarkan memasuki republik itu tanpa menjalani kuarantin. 

Namun, dengan kemunculan Omicron, pasukan petugas tersebut memutuskan menyemak pelan itu sebelum butiran baharu pelan diumumkan.  

胡星