Presiden China, Xi Jinping menyifatkan modal insan sebagai unsur kekunci dalam menggalakkan pembinaan angkatan tentera yang berkualiti tinggi agar memiliki keupayaan yang mantap untuk memenangi dalam persaingan ketenteraan dan peperangan pada masa depan.
Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menyatakan, bahawa modal insan amat bermakna bagi mewujudkan sasaran pemodenan angkatan tentera China ke arah peringkat teratas di dunia.
Pada sidang kerja Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mengenai modal insan yang diadakan di Beijing pada 26 hingga 28 November lalu, Xi berkata, usaha harus dijalankan untuk mengamalkan strategi memantapkan keupayaan angkatan tentera dengan modal insan, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi merealisasikan matlamat seratus tahun pembinaan angkatan tentara negara ini.