China, Cyprus Jalin Perkongsian Strategik

2021-12-01 14:37:40  CRI
Share with:

Sempena  ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China dengan Cyprus, kedua-dua negara dengan sebulat suara memutuskan untuk meningkatkan hubungan bilateral menjadi perkongsian strategik.  

Dalam perbualan menerusi telefon pada Isnin lalu, Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Cyprus, Anastasia Summerstone menyanjung tinggi perkembangan hubungan China-Cyprus sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin pada 50 tahun lalu.

Xi Jinping berkata, dalam tempoh 50 tahun lalu, hubungan persahabatan kedua-dua negara menjadi teladan bagi hubungan diplomatik antara sebuah negara besar dengan negara kecil.

"China dan Cyprus dengan teguh menyokong kepentingan kekunci dan keperihatian antara satu sama lain, di samping membuahkan banyak hasil dalam kerjasama yang melibatkan sektor sumber tenaga, telekomunikasi, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan lain-lain," kata beliau. 

Xi turut mengemukakan cadangan bagi pembangunan hubungan China-Cyprus pada masa kelak yang termasuk memegang kepada kesamarataan, saling menghormati sistem dan jalan pembangunan yang dipilih oleh rakyat masing-masing secara berdikari; menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan dan bersama membina Inisiatif Jalur&Laluan(BRI); memastikan perkembangan hubungan China-Eropah ke arah yang tepat dan menggalakkan tabir urus antarabangsa yang adil dan rasional. 

Kedua-dua negara turut mengeluarkan "Pengumuman Bersama mengenai Penjalinan Perkongsian Strategi China-Cyprus" pada hari yang sama. 

胡星