Pakar Terkemuka Kupas Kejayaan China

2021-12-02 15:06:19  CRI
Share with:

Pakar Terkemuka Kupas Kejayaan China_fororder_1202b

Pakar Terkemuka Kupas Kejayaan China_fororder_1202a

Sempena Persidangan Antarabangsa "Understanding China" 2021 yang berlangsung di Guangzhou, Naib Pengerusi Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China, Xu Weixin dalam wawancara eksklusif bersama CMG berkongsi ideanya secara lebih lanjut mengenai isu-isu seperti pengalaman pembangunan China serta adab pergaulan China dengan dunia.

Ikuti transkrip penuh temu bual berkenaan:

Soalan 1: Pada pendapat anda, apakah rahsia kejayaan China?

Jawapan: Saya rasa ada banyak unsur yang menyumbang kepada kebangkitan menakjubkan China dalam tempoh lebih 40 tahun lalu. Ringkasnya, di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), kita mempunyai rangka tindakan yang lebih bersasar dan tersusun. Selangkah demi selangkah, rakyat bersatu hati dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Soalan 2: Bagaimana kita beritahu dunia bahawa China yang semakin kuat adalah peluang dan bukan ancaman? Dan bagaimana China berurusan dengan dunia?

Jawapan: Mereka (Dunia) tidak usah risau tentang status China yang makin kuat. Jika anda ingin memahami China, membaca sejarah adalah suatu pendekatan yang baik. Dalam sejarah, China tidak pernah mencetuskan perang untuk menakluki negara lain. Misalnya, pelayaran Cheng Ho merupakan misi menyemai dan menyuburkan perasaan muhibah. China sudi berkongsi hasil pembangunan dengan dunia, dan menyumbang idea kepada dunia. Saya rasa sifat ini akan terus kekal.

Soalan 3: Apa pandangan anda mengenai Matlamat Seratus Tahun kedua yang disyorkan PKC?

Jawapan: Saya amat yakin dengan pencapaian matlamat sedia ada menjelang pertengahan abad ini, yang menyaksikan China menjadi sebuah negara sosialis moden yang kuat. Selepas berdekad-dekad melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, China meraih pencapaian luar biasa dan tampil selaku entiti ekonomi kedua terbesar dunia. Pada masa hadapan, azam kita takkan goyah, rangka tindakan tetap relevan, manakala kesepaduan rakyat kekal utuh. Jadi, pastilah matlamat kita akan direalisasikan.

Soalan 4: Bolehkah anda memberi kami bayangan mengenai prospek suatu bidang yang anda minati dalam masa 30 tahun akan datang?

Jawapan: Secara peribadi, terutamanya sebagai seorang wanita dan juga seorang ibu, saya berharap untuk melihat sebuah negara yang lebih indah. Banyak pengorbanan dilakukan semasa pembangunan dimajukan sejak tahun-tahun kebelakangan ini termasuklah penggunaan banyak sumber. Oleh itu, saya ingin melihat keadaan ekologi lebih baik menerusi pembangunan berkualiti, hijau dan inovatif supaya anak-anak kita dapat hidup lebih bahagia.

董筱娉