Presiden Xi: Fahami China Perlu Fahami PKC Terlebih Dahulu

2021-12-02 17:37:55  CRI
Share with:

Presiden Xi: Fahami China Perlu Fahami PKC Terlebih Dahulu_fororder_1128125119_16384417920321n

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa “memahami keadaan China pada masa ini perlu memahami Parti Komunis China (PKC) terlebih dahulu”.

Dalam ucapan beliau menerusi video kepada majlis perasmian persidangan antarabangsa “Fahami China” 2021 yang diadakan di Guangzhou hari ini, Presiden Xi berkata, dunia kini mengalami pergolakan dan transformasi susulan perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam satu abad lalu serta kesan penularan pandemik COVID-19.

"Pada saat yang begitu penting, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan interaksi dalam fikiran, memperkasa pertukaran dan kerjasama agar bersama-sama menyumbang kebijaksanaan dan tenaga bagi menghadapi cabaran global," kata Xi.

Presiden Xi: Fahami China Perlu Fahami PKC Terlebih Dahulu_fororder_1128125119_16384417921181n

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 tertubuhnya PKC. Dalam satu abad yang lalu, PKC memimpin rakyat China terus berjuang untuk mengubah prospek dan nasib rakyat China pada peringkat akar umbi serta memberikan pengaruh yang mendalam kepada proses sejarah dunia.

Sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC  yang berjaya diadakan baru-baru ini telah meluluskan resolusi berhubung pencapaian utama dan pengalaman sejarah yang diperoleh PKC menerusi usaha selama 100 tahun. Dengan ini, PKC akan mengambil iktibar daripada sejarah dan merenung masa depan dengan tidak melupakan aspirasi asalnya dan mengingati misinya untuk memimpin rakyat China terus  berjuang dalam membina negara sosialis moden.

Menurut Xi, PKC berpegang kepada mengutamakan kepentingan rakyat, berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati, mengamalkan konsep pembangunan berpaksikan rakyat, dan terus menggalakkan pembangunan komprehensif rakyat dan kemakmuran bersama untuk memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan yang lebih sejahtera.

"PKC komited mempertahankan landasan pembangunan yang aman dan terbuka kepada dunia, mempromosi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, mengamalkan nilai sepunya seluruh umat manusia yang melibatkan keamanan, pembangunan, kesamarataan, keadilan, demokrasi, dan bebas.

"PKC akan sentiasa menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global, pembela order antarabangsa, dan berusaha untuk memberi sumbangan baharu dan lebih besar kepada kemajuan tamadun manusia serta keamanan dan pembangunan dunia," kata Xi.

徐国玮