Xi Ucapkan Tahniah atas Ulang Tahun Ke-80 Penyiaran Antarabangsa China

2021-12-03 20:05:50  CRI
Share with:

Sempena ulang tahun ke-80 penyiaran antarabangsa China, Presiden China, Xi Jinping mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua pekerja yang bertugas di Kumpulan Media China(CMG) dan menyampaikan salam yang ikhlas kepada sahabat-sahabat asing yang menyokong usaha penyiaran antarabangsa China.

Menurut Xi, dalam tempoh lapan dekad yang lalu, dengan pimpinan Parti Komunis China(PKC), usaha penyiaran antarabangsa di negara ini dijalankan dengan mewarisi tradisi yang gemilang, mengekalkan aspirasi dan misi yang asal,  mempromosi pandangan PKC, menyebarluaskan maklumat tentang pembangunan di China, selain menceritakan kisah dan mengeluarkan suara negara ini.

Presiden Xi berharap para pekerja terus melakukan inovasi dan memperhebat pembinaan keupayaan komunikasi antarabangsa bagi membina media arus perdana baharu bertaraf antarabangsa yang berkeupayaan dalam menerajui hala tuju, menyampaikan maklumat, selain mempunyai pengaruh yang kuat.

Presiden Xi juga menggalakkan para pekerja berusaha terus untuk menyumbang kepada merealisasikan impian kebangkitan nusa dan bangsa China serta mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Simposium ulang tahun ke-80 penyiaran antarabangsa China diadakan di Beijing petang tadi. Surat tahniah presiden Xi dibaca dalam simposium tersebut. 

徐国玮