Presiden China dan Laos Saksikan Pengoperasian Landasan Kereta Api China-Laos

2021-12-03 21:54:51  CRI
Share with:

Presiden China dan Laos Saksikan Pengoperasian Landasan Kereta Api China-Laos_fororder_1128129279_16385370073731n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith bersama-sama menghadiri majlis pengoperasian landasan kereta api China-Laos menerusi panggilan video petang tadi. 

Presiden Xi mewakili kerajaan dan rakyat China mengucapkan tahniah atas pengoperasian landasan kereta api itu dan menyatakan rasa hormat setinggi-tingginya kepada pekerja kedua-dua negara yang terlibat dalam pembinaan projek tersebut.

Presiden Xi dan pemimpin Laos bersama-sama membuat keputusan  untuk membina landasan kereta api tersebut pada 2015. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, pekerja kedua-dua negara bekerjasama untuk menjayakan projek pembinaan dengan bertaraf dan berkualiti tinggi. 

“Tindakan praktikal kedua-dua negara merungkaikan konotasi komuniti berkongsi nasib China-Laos dan memperlihatkan kelebihan sistem sosialis kedua-dua negara,” kata Xi.

Presiden Xi turut menyarankan kedua-dua negara berusaha terus untuk menyelenggara dan mengoperasi dengan baik projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ini bagi memastikan landasan kereta api itu dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat kedua-dua negara.

Presiden China dan Laos Saksikan Pengoperasian Landasan Kereta Api China-Laos_fororder_1128129279_16385363400051n

Thongloun Sisoulith dalam ucapan beliau menyifatkan pengoperasian landasan kereta api itu sebagai hadiah yang berharga kepada rakyat Laos sempena menyambut ulang tahun ke-46 negara Laos dan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Laos-China. Beliau menzahirkan terima kasih atas sokongan China. 

“Laos mempunyai kereta api dan landasan kereta api moden bermula sekarang. Projek ini membuktikan Laos dan China merupakan jiran, sahabat, rakan seperjuangan yang baik. Semoga persahabatan kedua-dua kekal untuk selama-lamanya!” kata beliau.

Petugas dan wakil pekerja kedua-dua negara, diplomat asing ke Kunming China dan Vientiane Laos bersama-sama menyaksikan majlis tersebut.

徐国玮