Pakar CASS Kongsi Resipi Kejayaan China

2021-12-03 16:40:09  CRI
Share with:

Pakar CASS Kongsi Resipi Kejayaan China_fororder_1203b

Sempena Persidangan Antarabangsa "Understanding China" 2021 yang berlangsung di Guangzhou, Pengarah Institut Pembangunan Sosial Nasional, Akademi Sains Sosial China (CASS), Zhang Yi dalam wawancara eksklusif bersama CMG berkongsi ideanya secara lebih lanjut mengenai isu-isu seperti rahsia kejayaan China serta hubungan China dengan dunia.

Ikuti transkrip penuh temu bual berkenaan:              

Soalan 1: Ramai rakan asing kagum dengan pembangunan pesat China dalam beberapa dekad lalu hingga mencipta banyak keajaiban dunia. Bagaimana anda ceritakan rahsia kejayaan China kepada mereka?

Jawapan: Resipi kejayaan China terletak pada motivasi rakyat mengejar kehidupan lebih baik menerusi kerja keras, yang disepadukan dengan dasar kerajaan serta usaha Parti Komunis China (PKC) yang sentiasa komited terhadap misi asalnya. Sementara itu, sistem ekonomi China telah mengalami transformasi dan konsep ekonomi pasaran sosialis menjadi sebati dengan rakyat.

Soalan 2: Di bawah pimpinan PKC, rakyat China melakar kejayaan cemerlang daripada bangkit, berkembang makmur hinggalah menjadi semakin kuat. Jadi, anda rasa bagaimanakah China berurusan dengan dunia selepas menjadi semakin maju?

Jawapan: Bangsa China pencinta keamanan dan kebangkitannya berlaku secara damai. Mengikut sejarah, China dicerobohi kuasa imperialisme serta telah mengalami derita dan diperhamba. China mengetahui betapa pentingnya kesaksamaan, keharmonian, serta saling membantu dan keterbukaan. Ringkasnya, prinsip sama rata, berganding bahu dan saling untung menjadi pegangan dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta hubungan China dengan dunia.

Soalan 3: Bolehkah anda memberi kami bayangan mengenai prospek suatu bidang yang anda minati dalam masa 30 tahun akan datang?

Jawapan: Kekuatan sesebuah negara berkait rapat dengan kemakmuran masyarakat. Justeru, isu yang saya paling prihatin ialah pembangunan masyarakat. Dalam pada itu, saya tertanya-tanya sama ada kita mampu menempuh jalan makmur bersama yang membolehkan rakyat menikmati hasil tercapai dalam proses pembaharuan dan keterbukaan. Itulah tumpuan yang saya paling titikberatkan.

Soalan 4:  Bolehkah anda simpulkan China dalam satu ayat?

Jawapan: Selaku negara yang mempunyai sejarah selama 5,000 tahun, China sentiasa mencintai pembangunan secara damai.

Akar umbi PKC terdiri daripada rakyat, kelas pekerja dan kaum tani. Maka, hala tuju perkembangan parti itu pastinya berlandaskan kepentingan rakyat, sekali gus memastikan pemodenan negara dapat direalisasikan.

董筱娉