Kertas Putih Demokrasi China

2021-12-04 13:45:07  CRI
Share with:

Jabatan penerangan Dewan Negara China mengeluarkan Kertas Putih Demokrasi China hari ini yang menegaskan bahawa demokrasi adalah nilai sepunya seluruh umat manusia dan juga satu konsep penting yang dipegang teguh oleh Parti Komunis China(PKC) dan rakyat China.

Kertas putih ini antara dokumen penting yang secara sistematik memperkenalkan konsep nilai demokrasi, sistem, penyertaan dalam praktik serta pencapaian dan sumbangan China.

Kertas putih yang mengandungi kira-kira 24,000 perkataan ini dibahagikan kepada lima kategori: "PKC memimpin rakyat untuk mewujudkan Demokrasi Rakyat Seluruh Proses", "Senario utama sistem yang saintifik dan cekap", "Amalan demokrasi yang realistik", "Demokrasi yang meluas dan berkesan", dan "Memperkayakan bentuk tamadun politik umat manusia".

Menurut kertas putih itu, demokrasi yang diamalkan China adalah demokrasi rakyat. Inti pati dan terasnya adalah menjadikan rakyat berperanan sebagai tuan rumah negara.

Sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, parti pemerintah China telah memperdalam pemahamannya tentang undang-undang pembangunan politik demokratik di negara ini, selain mengemukakan dan mempromosi konsep Demokrasi Rakyat Seluruh Proses.

Demokrasi Rakyat Seluruh Proses yang melibatkan pelbagai sektor dan peringkat masyarakat merupakan demokrasi sosialis yang paling luas, sebenar dan berkesan.

覃淼