AS Campur Tangan atas Nama "Demokrasi"

2021-12-06 17:05:17  CRI
Share with:

Hak dan kepentingan rakyat Xinjiang terjamin susulan pelaksanaan konsep pembangunan berpusatkan rakyat serta demokrasi rakyat sepanjang proses, kata jurucakap kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Xu Guixiang.

Menurutnya, praktik Xinjiang cerminan demokrasi sosialis bercirikan China, menjadi jaminan asas kepada perpaduan kaum dan pembangunan bersama di wilayah tersebut.

Xu berkata demikian semasa mempengerusikan taklimat media ke-62 bertemakan Xinjiang yang berlangsung di Beijing hari ini.

Beliau turut membidas kuasa anti-China dari negara Barat yang memburuk-burukkan pembangunan demokrasi di Xinjiang, tanpa menghiraukan hak yang dinikmati rakyat pelbagai kaum.

Pada masa sama, beliau menyifatkan “demokrasi AS” sebagai kuasa khas segelintir individu, hamba kepada politik wang, selain dimanipulasi politikus untuk mengejar populariti dan menutup tindakan negara itu mencampuri urusan dalaman negara lain.

Menurut beliau, penjajaan demokrasi oleh AS bukan sahaja menjejaskan hak demokratik rakyatnya sendiri, tetapi juga mencabul kepentingan rakyat seluruh dunia dan nilai sepunya umat manusia.

张哲