Tiada standard universal bagi demokrasi, demikian konsensus peserta Forum Antarabangsa "Demokrasi: Nilai Sejagat Umat Manusia” yang dirasmikan di Beijing pada Sabtu.
Para peserta sependapat, semua negara harus saling menghormati, mencari titik persamaan dan menerima perbezaan antara satu sama lain, serta saling belajar menerusi pertukaran dan interaksi.
Selain itu, adalah perlunya memperkukuh perpaduan daripada perpecahan, menggalakkan kerjasama daripada konfrontasi, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat daripada kekacauan.
Bekas Presiden Chile, Eduardo Frei Ruiz-Tagle dalam ucapannya berkata, semua pihak perlu menghargai kepelbagaian di bawah sistem demokrasi.
“Demokrasi sinonim dengan toleransi dan memahami satu sama lain, yang bermaksud membangun bersama berasaskan kepelbagaian,” ujarnya.
Profesor Zheng Yongnian dari Chinese University of Hong Kong (CUHK) juga berkongsi pandangannya mengenai demokrasi.
“Cara setiap negara mengejar demokrasi adalah berlainan. Jika demokrasi adalah Rom, saya fikir semua jalan boleh sampai ke Rom.
“Pendekatan untuk merealisasikan demokrasi juga berbeza, dengan mengambil kira keadaan sebenar negara sendiri.
“Hanya dengan cara ini, barulah dapat wujud situasi harmoni serta pembangunan bersama,” katanya.