Selaku sebuah negara yang mengabaikan demokrasi, Amerika Syarikat (AS) mana ada kelayakan untuk mengadakan sidang kemuncak atas nama demokrasi?
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Selasa mempersoalkan dakwaan AS bahawa penganjuran sidang seumpama adalah bertujuan untuk “mempertahankan” demokrasi.
Zhao berkata, walaupun memiliki sumber perubatan paling banyak dan teknologi perubatan paling canggih, namun AS gagal menangani pandemik COVID-19.
“Jumlah kumulatif kematian dan jangkitan wabak di AS masing-masing mencecah 800 ribu dan 50 juta, melebihi mana-mana negara lain di dunia.
“Tak disangka tragedi hak asasi manusia sebegini berlaku di AS. Inikah cara negara itu mempertahankan demokrasi?” katanya.
Tambah beliau, rasialisme sudah berakar umbi dan supremasi kulit putih makin menjadi-jadi dalam masyarakat AS, sementara kesamarataan antara etnik masih tidak terwujud sama sekali.
Tinjauan dan laporan berkaitan menunjukkan sebanyak 45 peratus rakyat AS berpendapat demokrasi tidak berfungsi dengan baik di dalam negeri, manakala 81 peratus beranggapan demokrasi AS berdepan ancaman domestik yang teruk.
Di samping itu, 44 peratus rakyat di seluruh dunia melihat AS sebagai ancaman terbesar bagi demokrasi global.