Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Olaf Scholz atas pelantikannya sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu.
Xi menyatakan selaku rakan strategik menyeluruh, China dan Jerman sentiasa berpegang pada prinsip saling menghormati, mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan, serta mengejar kerjasama saling untung, hingga beroleh banyak hasil yang memberi limpahan faedah kepada rakyat kedua-dua negara bahkan dunia.
Katanya, tatkala pandemik COVID-19 membadai serata dunia, kedua-dua negara memperhebat komunikasi dan sinergi dalam menyokong perjuangan melawan wabak di peringkat global, sambil menggalakkan pemulihan ekonomi.
Kolaborasi seumpama memperlihatkan kebertanggungjawaban yang digalas dua kuasa besar itu.
China dan Jerman akan merai ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun depan.
Xi menzahirkan keinginannya untuk bersama-sama Scholz memanfaatkan peluang itu bagi memperkukuh kesalingpercayaan politik, memperluas pertukaran dan interaksi dalam pelbagai bidang, sekali gus melonjakkan hubungan dua hala ke tahap baharu.