“Tribunal Uygur" Hanya Farsa Politik

2021-12-10 16:07:40  CRI
Share with:

“Tribunal Uygur” tidak mempunyai sebarang kesahihan di sisi undang-undang dan “keputusan muktamad” yang dibuatnya hanyalah farsa politik.

Jurucakap Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, “Tribunal Uygur” itu ditubuhkan kumpulan pemisah, Kongres Uygur Sedunia (WUC) dengan sokongan kuasa anti-China dari Amerika Syarikat (AS).

Ia merupakan alat politik bagi merosakkan ketenteraman di Xinjiang dan menghitamkan imej China dengan mereka-reka tohmahan.

Menurut kenyataan tersebut, farsa politik itu gagal menarik perhatian khalayak walaupun ia dirancang dengan begitu teliti. Dusta tidak dapat menutup fakta dan menipu masyarakat antarabangsa, mahupun menghalang Xinjiang melangkah ke arah lebih stabil dan makmur.

张哲