Kemajuan Hak Asasi China Membanggakan

2021-12-10 11:36:46  CRI
Share with:

Rakyat China menikmati hak asasi manusia lebih baik dan memberi sumbangan positif kepada perjuangan hak asasi global.

Demikian ujar duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia yang jatuh pada 10 Disember setiap tahun.

Beliau berkata, pencapaian China itu amat membanggakan. Perlindungan hak asasi dan usaha mengejar kesaksamaan aspirasi sepunya umat manusia, dan juga merupakan perjuangan buat seluruh rakyat China.

Zhang mengakui, masih wujudnya banyak cabaran getir ketika ini, yang memerlukan usaha lebih gigih untuk mengatasinya.

Demi merealisasikan kesaksamaan, beliau menekankan tentang perlunya memastikan pengedaran vaksin COVID-19 dilakukan secara adil.

Adalah mustahak semua negara untuk menghapuskan rasisme dan diskriminasi kaum.

Pada pandangannya, hak rakyat setiap negara untuk memilih jalan pembangunan mereka sendiri perlu dihormati, dan amalan pempolitikan dan dwistandard mesti ditolak.

董筱娉