Ekonomi China Kekal Trend Perkembangan Baik

2021-12-11 15:14:39  CRI
Share with:

Ekonomi China Kekal Trend Perkembangan Baik_fororder_1128152331_16391385831461n

Ekonomi China yang mempunyai kemuluran tinggi akan terus mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam jangka panjang, menurut Mesyuarat Kerja Ekonomi Pusat yang berlangsung di Beijing pada 8 hingga 10 Disember.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam mesyuarat tersebut.

Menurut mesyuarat itu, China antara negara yang mencapai prestasi terbaik dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan membendung wabak COVID-19 pada tahun ini, sementara menyaksikan kejayaan yang memberangsangkan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, rantai perindustrian, penambahbaikan kehidupan rakyat dan pembangunan tamadun ekologi.

Ekonomi China Kekal Trend Perkembangan Baik_fororder_1128152331_16391386493621n

Mesyuarat itu turut menegaskan bahawa pembangunan ekonomi secara mampan perlu terus menjadi keutamaan dalam kerja ekonomi pada tahun depan.

Dalam pada itu, konsep pembangunan baharu hendaklah dilaksanakan secara holistik, tepat dan menyeluruh.

Selain mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu, pembaharuan dan keterbukaan pintu juga perlu diperkasakan lagi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal berada pada julat yang munasabah.

Mesyuarat itu juga menekankan perlunya mendorong keterbukaan secara keinstitusian dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

张哲