Media Barat Kritik Sidang Kemuncak Demokrasi AS

2021-12-12 14:46:47  CRI
Share with:

Baru-baru ini, banyak media menyiarkan laporan yang mengkritik sidang kemuncak demokrasi anjuran Amerika Syarikat (AS)

Laporan berkenaan berbunyi, perbuatan AS melabelkan dirinya sebagai negara demokratik, sebenarnya jauh terpesong daripada nilai demokrasi.

Majalah AS, The National Interest menerbitkan artikel mempersoalkan kewajaran negara itu menjadi tuan rumah sidang kemuncak demokrasi.

Menurut artikel itu, demokrasi tidak seharusnya menjadi alat bagi yang kuat untuk mengajar yang lemah.

Media Barat Kritik Sidang Kemuncak Demokrasi AS_fororder_1212a

Manakala, Majalah AS, Foreign Policy menerbitkan rencana bertajuk "Apa yang Kehilangan daripada Sidang Kemuncak Demokrasi Biden". Rencana itu berbunyi, sidang berkenaan sebenarnya kehilangan kuasa rakyat.

Media Barat Kritik Sidang Kemuncak Demokrasi AS_fororder_1212b

Selain itu, laporan Reuters mempersoalkan sama ada senarai negara dan wilayah yang dijemput ke sidang tersebut memiliki asas yang mencukupi.

董筱娉