Presiden China, Xi Jinping telah beramah mesra dengan perwakilan teladan dalam Perhimpunan Penyampaian Pujian 'Pembangunan China yang Damai' di Beijing petang semalam. Selain menyampaikan tahniah, Xi juga memberi harapan kepada mereka untuk terus berusaha memberi sumbangan baharu yang lebih besar bagi pembinaan keselamatan dan kesejahteraan di tanah air.
Sebanyak 140 kumpulan dan 129 individu yang cemerlang telah mendapat pujian yang bertemakan 'Pembangunan China yang Damai'.