Jumlah kematian akibat taufan Rai telah meningkat kepada 208 orang di Filipina setakat pukul 6 pagi tadi.
Selain itu, 52 orang dilaporkan hilang dan 239 cedera.
Menurut laporan polis setempat, kebanyakan mangsa tesebut mati lemas atau maut dihempap runtuhan objek.
Setakat pukul 6 pagi tadi, seramai lebih 100,000 orang masih tinggal di pusat pemindahan sementara.