Majlis Pelancaran Buku “Xi Jinping: Tadbir Uus China I" Diadakan di Malaysia

2021-12-21 20:02:28  CRI
Share with:

Majlis pelancaran buku “Xi Jinping: Tadbir Urus China I” edisi bahasa Melayu anjuran bersama Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China(CIPG) dan Kedutaan Besar China ke Malaysia diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia hari ini.

Naib Menteri Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), Xu Lin dalam ucapan menerusi pautan video  menyatakan bahawa buku Xi Jinping mengandungi “anak kunci” bagi pembaca memafami PKC dan kejayaan yang dicapai China dalam pembanguan, selain menggambarkan falsafah Xi Jinping secara sistematik mengenai sistem sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Speaker Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Azhar Azizan Harun pula menyatakan bahawa dengan pimpinan Presiden Xi Jinping, China berjaya membantu hampir 100 juta penduduk miskin di luar bandar  keluar daripada belenggu kemiskinan dalam masa tidak sampai 10 tahun. Kecemerlangan ini amat mengagumkan orang ramai.

“Buku “Xi Jinping: Tabid Urus China I” edisi bahasa Melayu ini membantu lebih ramai pembaca Malaysia memafami dasar dan konsep Presiden Xi tentang tadbir urus negara dan mewujudkan kemakmuran dan pembangunan negara,” kata beliau.

Buku “Xi Jinping: Tabid Urus China I” edisi bahasa Melayu diterjemah dan diterbitkan bersama oleh Agensi Penerbitan Bahasa Asing China dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Setakat ini, buku “Xi Jinping: Tabid Urus China” telah diterbitkan dalam 36 jenis bahasa.

覃淼