Tidak kira bagaimana politikus Amerika Syarikat(AS) mencanangkan akhbar angin, Xinjiang tetap akan mencapai kemajuan yang lebih cepat dalam kemakmuran dan pembangunan.
Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian sebagai respons terhadap apa yang disebut "Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur" oleh Senat dan Dewan Perwakilan AS.
Zhao menyatakan bahawa pengalaman penanam kapas dan pekerja syarikat di Xinjiang telah membuktikan bahawa "buruh paksa" yang disebarkan AS adalah pembohongan.
“Menyebut tentang ‘buruh paksa’, label ini sesuai dilekat pada pihak AS. Setakat ini, terdapat kira-kira 500,000 buruh kanak-kanak terlibat dalam kerja pertanian di AS, selain kira-kira 240,000 hingga 325,000 wanita dan kanak-kanak mengalami penghambaan seksual di negara tersebut. Sepanjang lima tahun yang lalu, seramai 100,000 orang telah diperdagangkan ke AS untuk bekerja secara paksa pada setiap tahun.
"Kami menggesa mereka yang disebut sebagai 'wakil pendapat awam' di AS agar memberi tumpuan terhadap hal ehwal negaranya sendiri. Mereka harus menjaga kanak-kanak yang sedang bekerja secara paksa di kawasan pengundian pilihan raya sendiri dan menyelamatkan wanita dan kanak-kanak yang mengalami penghambaan seksual," katanya.