Dorong Pembangunan Mampan di China

2021-12-22 15:07:02  CRI
Share with:

“Kertas Biru Pembangunan Mampan: Laporan Penilaian Pembangunan Mampan China 2021” yang diedarkan di Beijing Selasa lalu menunjukkan keadaan keseluruhan pembangunan mampan semakin baik di negara ini.

Laporan tersebut turut memberi cadang untuk mendorong pembangunan mampan di China dari lima aspek iaitu memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan, inovasi sains dan teknologi menerajui transformasi industri, memperkasakan pembangunan tamadun ekologi, meningkatkan taraf kesihatan awam serta meningkatkan hak bersuara China dalam tadbir urus global.

Pada 2015 hingga 2019, China menyaksikan peningkatan setiap tahun dalam pembangunan mampan,  keupayaan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Selain itu, persekitaran sumber di negara ini semakin baik, usaha mengawal jumlah pelepasan gas rumah hijau dan perlindungan alam sekitar mencapai hasil yang ketara. Pembangunan di China memasuki tahap baharu pada masa sekarang dan  sedang berada tempoh penting bagi transformasi pembangunan mampan.

Laporan itu juga mencadangkan, dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi,  usaha perlu dilakukan untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu, mempercepat pembinaan pola pembangunan baharu dan memelihara keseimbangan antara ekonomi, sosial dan persekitaran agar mendorong pembangunan mampan di China yang lebih inklusif, tabah dan mesra alam.

徐国玮