China Hulurkan Bantuan Kecemasan kepada Filipina

2021-12-23 13:15:55  CRI
Share with:

China telah menghulurkan bantuan kecemasan berbentuk wang tunai kepada Filipina yang dilandan bencana taufan yang dahsyat bagi penyelamatan dan pembangunan semula negara itu.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang akhbar di Beijing Rabu lalu.

Taufan Rai dilaporkan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang serius di Filipina.

Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat simpati kepada rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte dan menzahirkan rasa duka cita kepada mangsa bencana taufan yang melanda negara itu serta menyampaikan rasa simpati kepada waris mangsa. Beliau menyatakan bahawa China komited menghulur bantuan sedapat mungkin kepada Filipina. 

覃淼