Xi Jinping:Buka Lembaran Baharu Amalan "Satu Negara, Dua Sistem" di Makau

2021-12-23 14:13:15  CRI
Share with:

Xi Jinping:Buka Lembaran Baharu Amalan "Satu Negara, Dua Sistem" di Makau_fororder_ho1

Xi Jinping:Buka Lembaran Baharu Amalan "Satu Negara, Dua Sistem" di Makau_fororder_ho2

Presiden China, Xi Jinping berkata, kerajaan pusat akan berpegang kepada dasar "satu negara, dua sistem", menyokong usaha Wilayah Pentadbiran Khas(SAR)  Makau menggalakkan pembangunan kepelbagaian ekonomi, sekali gus membuka lembaran baharu amalan "satu negara, dua sistem" di wilayah itu.

Demikian kata Presiden Xi ketika bertemu dengan Ketua Eksetukif  Makau SAR, Ho Iat Seng dan mendengar laporan yang dibuat  Ho mengenai keadaan semasa dan kerja kerajaan Makau di Beijing pada Rabu.   

Xi menyatakan kerajaan pusat memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada kerja yang dijalankan Ketua Eksekutif dan kerajaan Makau dalam satu tahun lalu kerana berjaya  mengekalkan pembangunan Makau yang stabil dan sihat, membendung pandemik COVID-19 secara berkesan serta mengekalkan lawatan normal dengan tanah besar.

"Ekonomi dipulihkan secara beransur-ansur, golongan kurang kemampuan serta perusahaan mikro dan kecil mendapat bantuan, sistem dan mekanisme penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga keselamatan negara  terus disempurnakan di Makau. Pemilihan Majlis Perundangan ketujuh Makau  berjaya dijalankan yang merupakan langkah penting bagi melaksanakan prinsip 'Makau Ditabir Patriot'," kata Xi.

Xi turut menegaskan tanah air sentiasa merupakan penyokong teguh kepada kemakmuran dan kestabilan yang berkekalan di Makau.  

Xi juga mengucapkan tahniah dan harapan baik kepada saudara setanah air Makau sempena ulang tahun ke-22 kepulangan Makau ke pengkuan tanah air.

胡星