Jumlah Mangsa Taufan Rai Cecah 2.19 Juta di Filipina

2021-12-23 11:36:52  CRI
Share with:

Jumlah Mangsa Taufan Rai Cecah 2.19 Juta di Filipina_fororder_20211223084858434

Jumlah mangsa akibat taufan Rai mencatat 2.19 juta di Filipina dengan kerugian ekonomi yang merekodkan PHP3.6 bilion (RM 300 juta).

Menurut maklumat Dewan Pengelolaan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional Filipina pada hari ini, bekalan kuasa elektrik masih belum pulih di 125 bandar dan pekan, manakala perkhidmatan internet terputus di 236 bandar dan pekan.

Dalam pada itu, bencana ini juga mengakibatkan 130 ribu rumah rosak, selain kemudahan prasarana yang melibatkan jalan raya dan hospital sebanyak 93 tempat terjejas teruk di seluruh negara ini.

覃淼