Xi Jinping: Manfaatkan Hasil Pendidikan Sejarah PKC, Bawa Rakyat Menujuk ke Era Baharu

2021-12-24 18:18:46  CRI
Share with:

Xi Jinping: Manfaatkan Hasil Pendidikan Sejarah PKC, Bawa Rakyat Menujuk ke Era Baharu_fororder_1763998993

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini menegaskan, pengalaman yang berjaya dalam pendidikan sejarah PKC  perlu dimanfaatkan untuk mewujudkan sistem dan mekanisme pembelajaran jangka masa panjang bagi membawa rakyat pelbagai etnik di negara ini menuju ke era baharu.  

Xi  menuntut pelbagai pihak menfokuskan kepada semangat sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, menyemarakkan semangat pembinaan parti yang gemilang,  berpegang kepada laluan China serta membina keyakinan dan keazaman untuk merealisasikan kebangkitan nusa dan bangsa China.

Menurut Xi, langkah mengadakan kajian dan pendidikan tentang sejarah PKC merupakan keputusan strategik penting yang berteraskan usaha mewujudkan situasi baharu pembangunan kerjaya.

"Dalam tempoh setahun yang lalu, kumpulan parti pelbagai peringkat melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pengaturan jawatankuasa pusat PKC untuk memberi pendidikan politik secara mendalam dan komprehensif kepada para anggota PKC dan pegawai, sehingga fahaman dan kesedaran mereka dalam bidang politik, keyakinan diri dan kreativiti, perpaduan anggota parti serta keupayaan parti meningkat dengan kerata," kata Xi.

徐国玮