Pencapaian China dalam perlindungan warisan budaya dan semula jadi dunia menjadi dorongan positif terhadap pembangunan global secara aman dan konsisten.
Wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke China, Prof. Shahbaz Khan berkata, pengalaman China dalam usaha tersebut amat berbaloi untuk dipelajari negara lain melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Beliau turut memuji usaha sama antara China dengan UNESCO dalam perlindungan kepelbagaian biologi, yang berjaya mendorong pembangunan lestari.
"Untuk menyokong pembinaan tamadun ekologi negara-negara membangun, kerajaan China memperuntukkan 1.5 bilion yuan (RM988 juta) untuk menubuhkan Tabung Biodiversiti Kunming, di samping terus menggerakkan kerjasama berkenaan dengan UNESCO.
"Selain itu, China komited mewujudkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.
"Semua ini akan menjadikan China sebagai peneraju dalam transformasi hijau," kata beliau.