Sukan Musim Sejuk Terus Dipromosikan di Beijing

2021-12-27 16:33:11  CRI
Share with:

Sukan Musim Sejuk Terus Dipromosikan di Beijing_fororder_7159db528a7e40188193714e0025f22b

Sempena kira detik 40 hari Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, pihak kerajaan tempatan Beijing menghidupkan lagi kempen '300 juta orang sertai sukan musim sejuk' di daerah Shijingshan, pada Ahad.

Di komuniti Gaojinglu, kawasan yang dianugerahkan “komuniti Olimpik Musim Sejuk” pertama di China oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, lebih 200 orang termasuk johan Sukan Olimpik, penggiat seni serta penduduk tempatan telah mempersembahkan nyanyian korus sebagai tanda sokongan terhadap temasya itu.

Untuk rekod, kempen peringkat kebangsaan yang dianjurkan sejak beberapa tahun lalu itu berjaya menyaksikan sukan ais dan salji di China telah berkembang di seluruh negara.

Kini, sukan ais dan salji tidak hanya berlangsung pada musim sejuk, tetapi turut dilakukan pada kesemua empat musim yang bertujuan untuk mewujudkan matlamat menggalakkan 300 juta penduduk menyertai sukan tersebut.

Menurut laporan, China sekarang mempunyai sebanyak 654 buah gelanggang ais standard, iaitu meningkat 317 peratus berbanding tahun 2015.

Manakala, pelbagai kemudahan salji di venue terbuka dan tertutup pula meningkat sehingga 41 peratus iaitu dengan catatan sebanyak 803 buah.

Selain itu, direkodkan hampir 100 juta individu telah menyertai Karnival Ais dan Salji Kebangsaan pada 2020 berbanding hanya 10 juta individu pada 2014.

曹捷