Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin meluluskan penggunaan kecemasan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis protein rekombinan keluaran Kumpulan Biotek Nasional China (CNBG) kendalian Sinopharm.
Kementerian Kesihatan dan Pencegahan negara itu berkata, dapatan kajian yang dijalankannya menunjukkan, jenis vaksin tersebut akan digunakan sebagai dos penggalak kepada masyarakat lengkap dua dos suntikan vaksin virus ternyahaktif.
Ia dijangka meningkatkan tahap imuniti terhadap virus, dan berkesan terhadap varian koronavirus.
Difahamkan, pemberian dos penggalak vaksin CNBG berkenaan akan disediakan kepada rakyat negara itu bermula Januari 2022.