Olimpik 2022: “Meet in Beijing” Bakal Saji 100 Persembahan

2021-12-28 14:23:42  CRI
Share with:

Festival Kesenian Antarabangsa ke-22 dan Festival Kebudayaan Olimpik “Meet in Beijing” dijadual untuk diadakan secara serentak pada 6 Jan hingga 18 Feb depan.

Olimpik 2022: “Meet in Beijing” Bakal Saji 100 Persembahan_fororder_20211227153302373

Sebagai aktiviti kebudayaan yang penting sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, festival kali ini akan menghimpunkan pelbagai sumber kesenian tradisional serta kebudayaan Olimpik dari dalam dan luar negara.

Difahamkan, ia juga akan menggunakan teknologi persembahan yang canggih untuk menghidupkan lagi kemeriahan suasana Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Dalam aspek kesenian persembahan pula, pihak penganjur memaklumkan bahawa hampir 100 persembahan yang bakal didendangkan artis dari 22 buah negara dan kawasan akan diadakan secara hibrid.

Gala Malam Kesenian "Meet in Beijing" akan berlangsung pada malam 6 Jan, sekali gus menandakan pembukaan tirai kedua-dua festival tersebut.

Pada gala itu juga, pemenang pingat Sukan Olimpik akan turut bersama-sama mendendangkan lagu "Meet in Beijing", iaitu lagu promosi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing pada penghujung persembahan.

张宪