Cari:
• Lawatan ke Xiamen: Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) Kawasan Xiamen
Pada 21 Mei, delegasi CRI telah dibawa ke Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen. Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen melibatkan keluasan keseluruhannya 43.78 kilometer persegi yang merangkumi Kawasan Utama Pusat Perdagangan Rentas-Selat, yang berkeluasan 19.37 kilometer persegi, dan Zon Pelabuhan Perdagangan Bebas Xiamen Haicang, yang berkeluasan 24.41 kilometer persegi.
• Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen kampus Xiang'an
Semalam delegasi CRI telah selesai mengadakan lawatan di sekitar kampus utama Universiti Xiamen. Pada hari ini, delegasi CRI meneruskan lawatan ke salah satu kampus Universiti Xiamen, iaitu kampus Xiang'an. Kampus Xiang'an terletak di bandar Xindian, daerah Xiang'an dengan Gunung Xiangshan di selatan, Jalan Selatan Xiang'an di utara, Kampung Shamei di barat dan Kampung Maolin di timur.
• Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen
Hari ini merupakan hari yang sangat padat dan penuh dengan aktiviti di Universiti Xiamen. Pada sesi pagi, iaitu pada 8.30 pagi delegasi CRI telah dibawa ke bangunan tertua di Universiti Xiamen untuk mendengar taklimat tentang sejarah penubuhan Universiti Xiamen di Dewan Memorial. Menurut sejarah, Universiti Xiamen diasaskan oleh seorang usahawan dari Malaya, Tan Kah Kee pada tahun 1921. Universiti Xiamen adalah satu-satunya universiti di China yang diasaskan oleh orang China dari negara asing.
• Lawatan ke Xiamen: Pulau Gulangyu
Delegasi CRI memulakan lawatan ke Xiamen dengan mengunjungi Pulau Gulangyu. Pulau Gulangyu memang boleh dilihat dengan jelas dari bandar Xiamen. Hal ini menunjukkan kedudukannya yang begitu hampir dengan bandar Xiamen. Kami ke sana dengan menaiki feri yang mengambil masa lebih kurang lima minit. Menjejakkan kaki di sana, mengembalikan kenangan semasa bercuti ke Pulau Jerjak yang terletak di Pulau Pinang.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China