Cari:
• Wen Jiabao Sampaikan Syarahan di Universiti Cambridge Britain 2009-02-03
Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyampaikan syarahan dengan tema "Memandang China dari Segi Pembangunan " di Universiti Cambridge Britain semalam. Dalam syarahannya, beliau menegaskan bahawa tugas penting semua pihak sekarang ini, ialah bekerjasama untuk menangani krisis kewangan sejagat.
• China dan Jerman Perlu Tingkatkan Kerjasama dalam Bidang Ekonomi 2009-01-30
Forum Kerjasama Ekonomi dan Teknologi China-Jerman ke-5 telah dirasmikan di Berlin semalam. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel serta kira-kira 400 orang usahawan, sarjana dan pegawai kerajaan telah menyertai forum tersebut. Wen Jiabao menyatakan bahawa kedua-dua negara tersebut perlu meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknologi untuk mengatasi krisis kewangan serta mendorong pertumbuhan ekonomi. Angela Merkel pula berkata, Jerman perlu menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan China.
• Masyarakat Antarabangsa Diseru Memperkukuh Keyakinan, Menyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Dunia 2009-01-29
Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Sidang Tahunan 2009 WEF, telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Memperkukuh Keyakinan dan Berusaha Bersama untuk Mewujudkan Pertumbuhan Ekonomi Dunia Pusingan Baru".
• Wen Jiabao Berlepas ke Eropah untuk Tunjukkan 'Keyakinan China' dalam Krisis Kewangan" 2009-01-27
Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing dan memulakan lawatan ke Eropah hari ini. Beliau akan melawat Switzerland, Jerman, Spanyol, Britain dan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU). Selain itu, beliau juga akan menyertai Sidang Tahunan 2009 Forum Ekonomi Dunia. Pegawai Kementerian Luar China menegaskan, matlamat lawatan Wen Jiabao kali ini adalah untuk mendorong perkembangan hubungan China-Eropah, dan meningkatkan keyakinan masyarakat antarabangsa untuk menangani krisis kewangan.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China