Cari:
• Pandangan Anda Terhadap "Keretapi Bawah Tanah Lambang Kemajuan?" 2011-03-31
Adakah keretapi bawah tanah lambang kemajuan? Bandar raya seperti Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan London semuanya mempunyai sistem keretapi bawah tanah. Nampaknya, sistem pengangkutan ini sudah menjadi perkhidmatan asas bagi sesebuah bandar terutamanya bandar besar yang penduduknya ramai.
• Pandangan Anda Terhadap "Saling Membantu" 2011-03-23
Orang Melayu selalu cakap, "tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima", begitu mulia dan tingginya darjat memberi bantuan kepada orang lain. Dalam bahasa Mandarin "Zhu Ren Wei Le" bermaksud "kita mendapat kegembiraan ketika membantu orang lain". Adakah anda bersetuju? Adakah anda rasa benar-benar ada kegembiraan dalam memberi bantuan?
• Pandangan Anda Untuk Promosi Destinasi Pelancongan 2011-03-23
Pulau Redang di Malaysia merupakan destinasi percutian yang menarik. Setelah filem "Summer Holiday" yang dilakonkan oleh Richie Jen dan Sammi Cheng Sau Man ditayangkan, semakin hari semakin ramai pelancong datang bercuti di pulau tersebut. Mereka ini mungkin tertawan melihat pemandangan indah Pulau Redang yang dijadikan latar filem tersebut. Destinasi pelancongan boleh dipromosikan dengan pelbagai cara.
• Pandangan Anda Terhadap "Jual Beli Melalui Internet" 2011-03-10
Pernahkah anda beli barang melalui internet? Mungkin melalui laman seperti eBay atau Amazon? Ada yang berpendapat membeli-belah melalui laman web jauh lebih memudahkan berbanding ke kedai. Ada lebih banyak masa untuk pilih apa yang hendak dibeli, dan barang-barang itu akan dihantar terus ke rumah. Pada masa yang sama, ada pula yang rasa membeli-belah begini membahayakan, sebab ada kemungkinan berlakunya penipuan. Apakah pandangan anda dalam hal ini?
• Pandangan Anda Tentang "Perbualan Melalui Internet" 2011-03-07
Sama ada "Facebook" ataupun "Twitter", "Yahoo Massenger" ataupun "MSN", semakin hari kita semakin bergantung kepada internet untuk berinteraksi dengan orang lain. Ada antara kita yang lebih suka berbual-bual melalui internet walaupun dengan orang yang sepejabat. Adakah ini menandakan kemajuan interaksi antara manusia pada zaman moden ini? Apakah pandangan anda dalam hal ini? Sila jawab soalan-soalan yang berikut...
• Pandangan Anda tentang Cari Jodoh 2011-02-15
Buku Merah Samar (pink) Penyelidikan Cinta dan Perkahwinan China, iaitu laporan tentang keadaan kehidupan cinta dan perkahwinan penduduk China terutamanya golongan muda pada zaman sekarang telah diumumkan oleh laman web Jiayuan.com. Menurut laporan tersebut, jumlah bujangan China telah mencatat 180 juta orang.Selain itu, beberapa fenomena yang wujud dalam hubungan wanita dengan lelaki juga terkandung dalam laporan tersebut.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China