Cari:
• Patutkah WeChat Kenakan Bayaran? 2013-05-07
WeChat ialah perisian perbualan telefon bimbit percuma yang dicipta dan dikendali oleh Syarikat Tencent China. Berbanding dengan perisian biasa, WeChat mempunyai dua kelebihan ketara. Pertama, ia boleh dipasang dalam telefon bimbit atau alat-alat mudah alih seperti ipad. Kedua, perbualan dalam WeChat lebih kurang sama dengan telefon kerana para pengguna boleh meninggalkan pesanan suara kepada kawan-kawan.
• Topik Terbaru: Gejala "Mengumpulkan Hartanah Banyak-banyak" di China 2013-04-30
Kos pemilikan hartanah hampir boleh diabaikan sekiranya dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperoleh daripada kenaikan harga rumah di banyak bandar di China. Oleh sebab itu, wujudlah ramai pengumpul rumah sehingga ada yang mempunyai lebih 10 buah rumah, bahkan terdapat pula "rombongan hartanah" sepenuh masa yang mengejar keuntungan melalui jual beli hartanah.
• Pejalan Kaki Langgar Lampu Merah Didenda 10 yuan 2013-04-23
Di China, terdapat gejala yang kurang bertamadun iaitu pejalan kaki melintas jalan secara beramai-ramai tanpa mempedulikan lampu isyarat lalu lintas. Pada pemikirannya, jika begitu ramai orang membuat salah pada waktu yang sama, mustahil pesalah dapat ditangkap dan didenda satu demi satu.
• Peribahasa: "Jing Gong Zhi Niao" 2013-04-18
Geng Lei ialah seorang jeneral yang sangat pandai memanah di Negeri Wei pada Zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu lebih 2,000 tahun yang lalu. Suatu hari, Geng Lei berbual-bual dengan maharaja dan melihat seekor angsa liar terbang di udara. Geng berkata dia boleh menjatuhkan angsa liar itu tanpa menggunakan anak panah. Maharaja tidak percaya dan menyangka jeneral itu bercakap besar sahaja.
• Gejala "Mengumpulkan Hartanah Banyak-banyak" di China 2013-04-16
Kos pemilikan hartanah hampir boleh diabaikan sekiranya dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperoleh daripada kenaikan harga rumah di banyak bandar di China. Oleh sebab itu, wujudlah ramai pengumpul rumah sehingga ada yang mempunyai lebih 10 buah rumah, bahkan terdapat pula "rombongan hartanah" sepenuh masa yang mengejar keuntungan melalui jual beli hartanah.
• Peribahasa "Wan Bi Gui Zhao" 2013-04-11
Cerita mengenai peribahasa "Wan Bi Gui Zhao" ini berlaku pada Zaman Negeri-Negeri Berperang di China, iaitu kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Maharaja Negeri Zhao dihadiahkan sebuah batu jed yang sangat cantik dan bermutu tinggi. Maharaja Negeri Qin yang berminat pada batu jed ingin menukar 15 buah kotanya dengan batu jed itu. Maka, Maharaja Zhao menyuruh diplomat veteran, Ling Xiangru membawa batu jed itu dan bertemu dengan Mahajara Qin.
• Perdagangan dengan Cara Tukar-menukar Barang Hidup Semula di Zaman Serba Moden ini 2013-04-09
Perdagangan dengan cara tukar-menukar barang yang amat popular pada zaman purbakala telah hidup semula di zaman serba moden ini melalui internet. Golongan yang gemar tukar-menukar barang turut diberikan gelaran khusus, iaitu "Huan Ke" yang merujuk kepada "orang yang tukar-menukar barang".
• Peribahasa: Xue Zhong Song Tan 2013-04-04
Seorang maharaja pada zaman Dinasti Song yang bernama Song Taizong amat sayang kepada rakyatnya. Pada suatu hari pada musim sejuk, cuaca amat dingin akibat salji tebal. Song Taizong yang berpakaian amat tebal duduk di dalam istananya. Walaupun di sekelilingnya diletakkan beberapa relau, baginda masih merasa sejuk. Oleh itu, baginda merasa bimbang akan rakyatnya kerana tentulah mereka akan teruk menderita pada musim sejuk jika tiada relau dan pakaian yang tebal.
• "Lesen Memandu Antarabangsa" Kian Popular di China 2013-04-02
"Lesen Memandu Antarabangsa" atau lebih dikenali sebagai "International Driving Document" yang diberikan oleh IADC, iaitu Kelab Pemandu Automobil Antarabangsa, agensi di bawah pentadbiran langsung PBB telah timbul di bandar Beijing, Shanghai dan Chengdu.
• Tradisi Menziarahi Kubur pada Hari Qing Ming 2013-03-26
Hari Qing Ming merupakan satu perayaan tradisional China yang berasal dari zaman Dinasti Zhou, iaitu lebih 2500 tahun yang lalu. Biasanya Hari Qing Ming jatuh pada 4, 5 atau 6 hb April setiap tahun. Qing Ming bagi tahun ini jatuh pada 4 April nanti.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China