Cari:
• Trend Pendidikan Awal Kanak-kanak 2012-07-03
Kini, semakin ramai orang yang dilahirkan pada tahun 1980-an telah menjadi ibu bapa. Mereka kebanyakannya menerima pendidikan yang bermutu dan terpaksa menghadapi saingan yang sengit. Oleh itu, mereka memegang prinsip "tidak membenarkan anak sendiri kalah di garis permulaan." Maka, mereka amat mementingkan pendidikan awal walaupun anak mereka masih kecil lagi.
• Tahu Tak Peribahasa China: Hai Qun Zhi Ma 2012-06-28
Peribahasa "Hai Qun Zhi Ma" membawa erti yang sama dengan peribahasa "sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka berbuat sesuatu yang merugikan kelompok masyarakatnya sendiri.
• Patutkah Umur Bersara Dilanjutkan? 2012-06-26
Baru-baru ini, Kementerian Sumber Tenaga Manusia dan Kebajikan Sosial China telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan kajian untuk menentukan sama ada umur bersara patut dilanjutkan berdasarkan keadaan semasa masyarakat China.
• Tahu Tak Peribahasa China: Bu He Shi Yi 2012-06-21
Peribahasa "Bu He Shi Yi" ini membawa erti, tidak sesuai dengan keperluan semasa atau keadaan yang sebenar. Ia jjuga digunakan untuk mempersenda perbuatan yang melanggar kelaziman.Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 6 July 2012 nanti.
• Bagaimana Kekal Sihat Dalam Zaman Digital? 2012-06-19
Universiti Fudan Shanghai baru-baru ini menawarkan program bantuan pencegahan ketagihan internet kepada para pelajarnya. Antara faktor-faktor yang mengganggu pembelajaran, ketagihan internet dipercayai paling teruk dan kerap berlaku.
• Tahu Tak Peribahasa China: Wang Mei Zhi Ke 2012-06-14
Peribahasa ini membawa pengertian bahawa ketika seseorang gagal mendapatkan sesuatu benda yang diingininya, dia akan menyenangkan hatinya dengan angan-angan yang bukan-bukan, seperti askar Cao Cao tersebut. Ketika menderita kehausan, mereka membayangkan buah plum yang rasanya masam, untuk melegakan rasa dahaga.
• Cuba "Rasa" China Dengan Lidah 2012-06-12
"A Bite of China", sebuah dokumentari TV yang disiarkan di Chanel 1 Televisyen Pusat China (CCTV) baru-baru ini mendapat sambutan luar sangkaan, sehinggakan generasi yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an yang biasanya lebih tertarik oleh komputer dapat ditarik semula ke kaca televisyen. Musim pertama "A Bite of China" terdiri daripada tujuh episod, dan dijangka akan terus diikuti oleh musim yang baharu.
• Tahu Tak Peribahasa China: Hua Bing Chong Ji 2012-06-07
Peribahasa "Hua Bing Chong Ji", atau "melukis kuih lempeng untuk melegakan rasa lapar", membawa pengertian yang sama dengan "Wang Mei Zhi Ke".
• Jangan Ketinggalan Kempen "Green Consumption" 2012-06-05
Warna hijau sentiasa dikaitkan dengan makna yang cukup baik seperti sihat, segar, semangat dan penuh harapan. Di arena antarabangsa, istilah 'hijau' sendiri dikaitkan dengan nyawa, jimat tenaga dan mesra alam. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia 5 Jun ini ialah "Green Economy: Does it include you?", manakala "Green Consumption" ditetapkan sebagai tema sambutan Hari tersebut di Tanah Besar China.
• Tahu Tak Peribahasa China: Gua Tian Li Xia 2012-05-31
Peribahasa "Gua Tian Li Xia" membawa erti, ketika lalu di ladang tembikai, janganlah mencangkung untuk membetulkan kasut, untuk mengelak daripada disyaki sedang mencuri tembikai, manakala apabila berada di bawah pokok plum pula, janganlah mengangkat tangan untuk membetulkan topi, untuk mengelak daripada disyaki sedang memetik buah plum.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China