China melaraskan operasi 10 satelit mengeliling orbit untuk membantu operasi mencari pesawat MH370 yang hilang.
Pusat Pengawasan dan Kawalan Satelit Xi'an China semalam mengumumkan, pihaknya telah melancarkan respons kecemasan bagi operasi pencarian berkenaan dan melaraskan operasi 10 satelit peleraian tinggi.
Pusat itu mengubah sepenuhnya arahan asal satelit berkenaan kepada arahan khas iaitu mengesan lokasi MH370.