Tompokan minyak yang ditemui di perairan Kelantan Malaysia bukan milik pesawat MH370 yang hilang.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut beliau, melalui ujian sampel yang diambil di perairan berkenaan, minyak itu disahkan bukan daripada pesawat tersebut.