Cari:
Najib Tangguh Lawatan ke Mauritius
2014-03-11 11:09:32 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan ke Mauritius yang dijadualkan pada 11 Mac. Menurut kenyataan yang dibuat kerajaan Malaysia petang semalam, operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 merupakan tugas paling utama pada masa ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang akhbar berkata mencari lokasi pesawat MH370 antara perkara yang utama buat masa ini. Di samping itu, Malaysia sedang bekerjasama dengan China dan AS bagi menyiasat dua orang penumpang yang menggunakan pasport curi dalam pesawat itu.

Tambah beliau, Malaysia tetap memainkan peranan utama dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat berkenaan pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China