Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang akan diteruskan selagi masih terdapat harapan untuk menemui pesawat tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan setelah persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 berakhir.
Menurut beliau, kerajaan China telah secara habis-habisan melancarkan misi mencari dan menyelamat (SAR). Setakat ini, lapan buah kapal China menjalankan misi SAR di kawasan perairan berkenaan. Sebuah lagi kapal sedang dalam pelayaran ke lokasi tersebut. Selain itu, China juga melaraskan operasi 10 satelit mengeliling orbit untuk membantu operasi mencari pesawat itu.