Cari:
SAR MH370 Masih Tiada Kemajuan
2014-03-14 11:19:46 CRI Cetak

Pesawat MAS MH370 sudah hilang selama tujuh hari, namun setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih belum ada kemajuan besar. Lebih sepuluh negara dan wilayah termasuk Malaysia, Vietnam, China dan AS sedang giat menjalankan SAR.

Ketua Pengarah Pusat SAR Maritim China, He Jianzhong berkata, lima buah kapal dagang China turut dikerahkan untuk membantu dalam misi SAR di perairan Selat Melaka, tetapi masih belum menemui keadaan yang mencurigakan.

 

Tambah beliau, pusatnya akan mengadakan mesyuarat nasihat pakar hari ini untuk menetapkan pelan SAR berikutnya.

Jurucakap White House, Jay Carney semalam menyatakan, menurut maklumat terkini, mungkin ada satu kawasan mencari yang baharu di Lautan Hindi. AS sedang mengadakan rundingan dengan rakan antarabangsa tentang operasi SAR di perairan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China