Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta warga negaranya bersatu padu menyokong semua usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang.
Beliau menyatakan, semua rakyat perlu bersama-sama kerajaan mendoakan semua penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu selamat.