Pelbagai negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370 termasuk China dan AS terus memperluas lingkungan operasi tersebut. Sementara itu, Pertubuhan Satelit Maritim Antarabangsa (Inmarsat) yang beribu pejabat di London dalam kenyataan terkini berkata, pesawat tersebut pernah menghantar isyarat kepada rangkaian satelit pertubuhan itu dalam penerbangannya.
Pusat SAR Maritim China malam tadi memutuskan untuk mengerahkan kapal peronda Haixun 31 ke selat Melaka bagi menjalankan misi SAR, selain memperluas kawasan pencarian di tenggara.
Kapal pemusnah tentera laut China, Haikou kini sedang menuju ke Selat Melaka untuk membantu misi mencari MH370.
Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Steve Warren semalam mengumumkan, kapal pemusnah peluru berpandu AS, USS Kidd yang kini di utara Selat Melaka, bergerak menuju ke Laut Andaman dan Teluk Bengal untuk meneruskan misi tersebut.
Kerajaan Bangladesh malam tadi juga mengumumkan akan menyertai operasi SAR berkenaan.