Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang semalam di Canberra berkata, operasi mencari pesawat MH370 akan memasuki fasa baharu. China akan terus menyediakan bantuan dari segi tenaga manusia, aset dan kewangan untuk operasi tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat peringkat menteri antara Australia, Malaysia dan China berkaitan operasi mengesan pesawat MH370.
Yang dalam mesyuarat itu telah memperkenalkan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh China untuk mempergiat operasi tersebut.