Cari:
Tunjuk Perasaan Tentang Hak Pertahanan Kolektif di Osaka
2014-07-07 11:06:59 CRI Cetak

Persatuan Peguam Osaka Jepun menganjurkan tunjuk perasaan yang menentang memulihkan pelaksanaan hak pertahanan kolektif di Taman Ogimachi, Osaka semalam. Lebih 5,000 orang dari beberapa parti pembangkang termasuk Parti Demokratik Jepun dan Parti Demokratik Sosial Jepun serta pelbagai persatuan penduduk tempatan menyertai tunjuk perasaan tersebut dalam hujan.

Bekas Presiden Parti Demokratik Sosial Jepun, Mizuho Fukusima serta ketua-ketua persatuan penduduk tempatan turut mengecam hak pertahanan kolektif yang dijangka membawa ancaman hebat kepada Jepun yang telah lebih 60 tahun berada dalam kedamaian. Mizuho Fukusima menyeru lebih ramai orang bersuara menentang hak pertahanan kolektif dan membatalkan "Undang-Undang Perlindungan Rahsia Khas" yang mengekalkan hukuman keras terhadap pembocor rahsia negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China