Cari:
Turki Sedia Bekerjasama dengan AS dalam Banteras Keganasan
2014-09-13 15:18:32 CRI Cetak

Pihak berkuasa Turki bersetuju untuk berkongsi maklumat perisikan dengan AS bagi memerangi keganasan dan kumpulan pengganas di Asia Barat.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Setiausaha Negara AS, John Kerry mengadakan rundingan mengenai perkara tersebut semalam. Manakala, pegawai Turki mendedahkan, pihaknya bersedia menyediakan bantuan logistik dalam operasi membanteras Negara Islam (IS), namun enggan terlibat dalam pertempuran.

Perdana Menteri Iraq, Haidar al-Abadi semalam mengumumkan, Perancis akan menyertai tindakan serangan udara terhadap IS. Presiden Perancis, Francois Hollande membuat janji itu ketika melawat Iraq. Menurutnya, sidang antarabangsa mengenai kedamaian dan keselamatan Iraq akan diadakan di Paris pada 15 September ini. Sidang itu bertujuan untuk menyelaras operasi memerangi IS dan bantuan kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China