Cari:
Empat Negara Bincang Penyelesaian Isu Ukraine
2015-01-22 15:50:57 CRI Cetak

Menteri luar dari Jerman, Perancis, Rusia dan Ukraine mengadakan pertemuan di Berlin malam tadi untuk membincangkan kaedah bagi menyelesaikan krisis Ukraine secara damai berdasarkan Perjanjian Minsk. Mereka menegaskan pentingnya melaksanakan perjanjian tersebut sepenuhnya serta menggesa kedua-dua pihak yang berkonflik di timur Ukraine segera melakukan gencatan senjata dan berhenti menggunakan senjata berat.

Menteri luar keempat-empat negara dalam satu kenyataan bersama, turut menggesa pihak-pihak yang memeterai Perjanjian Minsk mengadakan rundingan dalam masa beberapa hari akan datang, di samping mendesak tiga pihak, iaitu Ukraine, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan Rusia menubuhkan kumpulan petugas bagi memastikan pelaksanaan perjanjian tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier berkata, rundingan tersebut telah mencapai kemajuan yang ketara, khususnya persetujuan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata dan mengalihkan senjata berat dari kawasan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China